6 prosedur yang perlu dilakukan bagi proses pengampunan Anwar Ibrahim.

Selain pembentukan kerajaan baru dan perlantikan Perdana Menteri Malaysia ketujuh, terdapat satu lagi perkara penting bakal berlaku dalam sejarah Malaysia.
Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan akan dibebaskan dari penjara Selasa ini.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh anaknya Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Untuk yang tidak tahu, Anwar dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2015 menolak rayuannya terhadap sabitan bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Anwar kemudian menerima hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi.

Namun, baru-baru ini Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah menyatakan kesediaan Seri Paduka untuk memberi pengampunan segera kepada Anwar Ibrahim.

Ia adalah pengampunan penuh. Ini bermaksud Anwar bukan sahaja diberi pengampunan tetapi juga akan dibebaskan dengan segera apabila mendapat pengampunan.
Namun, sebelum mendapat pengampunan ini, terdapat beberapa prosedur perlu dilalui. Menerusi maklumat dikeluarkan Harian Metro, ini enam langkah yang perlu dilakukan.

1. HANTAR PETISYEN

Perkara paling utama dalam permulaan proses ini adalah menghantar petisyen kepada Lembaga Pengampunan menerusi Mahkamah Tinggi sama ada oleh wakil atau pesalah.

2. MESYUARAT LEMBAGA PENGAMPUNAN

Sebaik petisyen diterima, lembaga pengampunan akan mengadakan mensyuarat.
Antara ahli lembaga terlibat adalah Yang di-Pertuan Agung (juga pengerusi), Peguam Negara, Menteri yang menjaga hal ehwal berkenaan dan tiga lagi ahli yang dilantik.

3. KEPUTUSAN

Selepas mesyuarat, tibalah masa untuk membuat keputusan sama ada setuju dengan pengamunan terbabit atau tidak.
Pengakhiran episod hitam Anwar Ibrahim.

PIC: NEWSAPI

Pengakhiran episod hitam Anwar Ibrahim.

4. KEMBALI KE PROSEDUR PERTAMA

Sekiranya keputusan tidak menyebelahi pesalah, maka ia berbalik kepada prosedur pertama.
Namun jika setuju, proses akan terus ke prosedur ke-5.

5. PENGAMPUNAN

Jika keputusan ini dibuat, ini bermakna pesalah akan mendapat pengampunan, sekali gus akan dibebaskan.

6. PROSES TERAKHIR

Proses ini membabitkan pentadbiran di peringkat penjaga oleh peguam yang mewakili pesalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *