Kehebatan komando GGK dan kenapa rakyat Bosnia tidak pernah lupakan jasa Tun Mahathir.

kami memang  cukup berminat untuk mengetahui akan kehebatan Askar Melayu kita  ini yang bertugas di luar negara terutama dalam  misi pengaman rasmi negara atau operasi sulit .

Mujur la ada seorang bekas anggota GGK Komando yang kini bekerja dengan satu office sekali dengan GPB .  Beliau berpangkat Koperal dan pernah dihantar bertugas di luar negara seperti  Bosnia & Somalia .  Daripada pengalaman di sana yang diceritakan   ,  GPB salute sama sekali  keberanian askar negara kita yang gagah berani ini . Demi keamanan sejagat , anak-anak Melayu ini rela mempertaruhkan nyawa mereka walaupun bertugas di hujung dunia .

Antara cerita yang  menarik perhatian GPB ialah  ketika krisis Perang Bosnia 1992 -1995  ,  Malaysia satu -satunya negara Islam didakwa  telah menghantar pasukan elit  komando GGK dari 11 RGK (Rejimen Gerak Khas) menyusup masuk ke Bosnia melalui Turki untuk melumpuhkan kekuatan askar Serbia.

Ada antara komando-komando ni menyusup masuk menjadi sebahagian dari askar Bosnia untuk berperang memusnahkan kekuatan askar Serbia. Fakta tentang komando GGK ni adalah ada antara mereka ini merupakan pakar peperangan gerila.

Ketika itu Perdana Menteri Malaysia adalah Ayahanda  Tun Dr Mahathir Mohamad yang memang terkenal sebagai pemimpin Islam  yang menyelamatkan rakyat  Bosnia daripada terus dibunuh puak Serb .

11.Sebenarnya ada satu keratan berita dari luar negara yang saya boleh jadikan bukti tetapi saya gagal menjumpainya…keratan berita itu mendedahkan “PASUKAN ELIT KHAS DARI SEBUAH NEGARA LUAR TELAH BERADA DI TURKI UNTUK MEMASUKI BOSNIA HERZEGOVINA”, ia ditulis oleh sebuah agensi berita asing tetapi judul yang tepat tidak saya ketahui.

12. Dan pasukan elit yang dimaksudkan itu, tidak lain dan tidak bukan ialah komando GGK dari Malaysia.

13.Maklumat ini disampaikan oleh seorang bekas penempak tepat dalam pasukan GGK kepada saya beberapa tahun yang lepas semasa saya sedang bersantai-santai menghisap rokok dan tiba-tiba terpancul pula hasrat untuk bertanyakan kepada beliau mengenai misinya ke Bosnia dahulu.

14.Anda kenal mantan Tun Seri Dr Mahathir Mohamad, sesetengah orang yang menuduh pemimpin kita ini sekular, anti Islam dan menolak hudud tetapi lelaki ini mahu mengubah sejarah Eropah.

15 .Jika difikirkan secara logik, bolehke bangsa Melayu mengubah sejarah Eropah? Logik ke? Persoalan ini sebenarnya sudah lama terjawab, memang orang Melayu boleh dan mampu, sejarah zaman dahulu kala sudah membuktikannya.

16.Semasa itu berlaku peperangan etnik di Bosnia Herzegovina, ribuan rakyat termasuk wanita dan kanak-kanak habis mati disembelih oleh pengganas Serbia.

17.Mahathir yang ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia sudah masak dengan taktik kuasa-kuasa barat terutama layanan kelas kedua mereka kepada umat Islam, Mahathir kemudian meminta Angkatan Tentera Malaysia bersiap sedia untuk menghantar komando GGK.

18.Saya tidak pasti jika kesemua yang dihantar itu merupakan anggota GGK atau bercampur dengan unit-unit lain tetapi jumlahnya mencapai 600 orang.

19. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” lebih kurang begitulah dialog Tun yang disampaikan oleh bekas penembak tepat ini kepada saya.

20 .Mereka ini dihantar secara gelap, kalau meninggal dalam pertempuran di Bosnia, memang tidak ada balutan bendera Malaysia pada keranda mereka tetapi kerajaan Melayu yang memerintah negara ini telah berjanji untuk menjaga isteri dan anak-anak mereka, kalau yang bujang itu saya tidak pasti.

21.Maka mereka pun dihantar, kesian, wang yang dibawa pun tidak mencukupi, ialah hendak berperang bukan melancong.

22.Mereka dihantar dengan pesawat awam (MAS) dan kesemua mereka berkhemah di dalam pengkalan tentera Turki di sempadan negara itu dengan kebenaran kerajaan Turki.

23.Bukan apa, cuaca Turki pun sejuk macam Bosnia, jadi, mudahlah komando kita menyesuaikan diri dengan cuaca Eropah.

24.Kerajaan Turki pada masa itu hanya memejam mata dalam membenarkan komando Malaysia ini berada di bumi mereka, pada hal, kalau “terkantoi”, ini akan menyebabkan pelbagai masalah politik antarabangsa kepada Turki dan Malaysia.

25.Ada juga laporan yang menyatakan komando-komando Malaysia dimasukkan ke dalam unit tentera Bosnia melalui Unprofor sendiri, komando-komando ini bagaimanapun dilabelkan sebagai “LARI DARI UNIT TENTERA”, ya komando Malaysia yang melarikan diri dari unit masing-masing sebagai “camoflage” untuk menjalankan operasi ketenteraan terhadap Serb.

26.Sebenarnya Turki dan Malaysia ini tersangat-sangatlah “kamceng” walaupun tidak diheboh-hebohkan seperti “akrabnya” Malaysia dengan Indonesia.

27.Jadi ini menjelaskan mengapa Malaysia sering sahaja menyendeng bahu ke Turki untuk mendapatkan bekalan kereta perisainya mulai dari Adnan sehinggalah kepada kereta perisai terbaru dan pelbagai senjata lain.

28.Penyeludupan komando GGK ke dalam Bosnia ini akhirnya ditarik barik oleh kerajaan ketika itu selepas sebuah agensi berita Eropah berjaya mengesan kehadiran tentera elit ini di sempadan Turki.

29.Selepas dipujuk oleh wakil sebuah negara yang sangat berpengaruh di Timur Tengah, akhirnya Mahathir menarik balik pasukan komando ini balik ke Malaysia tetapi bakinya di hantar sebagai tentera rasmi dalam unit UNPROFOR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *