AGONG PUTUSKAN PM KE-7

PETALING JAYA Calon perdana menteri ke tujuh akan hanya diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, ia susulan tiada mana-mana parti politik yang bertanding mendapat majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Oleh kerana tiada sebuah parti yang dapatsimple majoriti maka Yang di-Pertuan Agong akan buat keputusan siapa yang bakal dilantik oleh Tuanku sebagai perdana menteri.

“Mengikut perlembagaan, pelantikan ini berdasarkan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan ia berdasarkan prinsip siapa yang mendapat kepercayaan di kalangan Ahli Dewan Rakyat,” katanya pada sidang media yang berlangsung sebentar tadi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Jelas Najib, BN akan menghormati apa juga keputusan Sultan Muhammad V berkaitan calon perdana menteri yang mendapat perkenan baginda.

Pada PRU14, Pakatan Harapan (PH) dikira memperolah 121 kerusi jika merangkumi PKR yang memenangi 104 kerusi, selain DAP (9) dan Warisan (8). Ia sekali gus mencapai jumlah majoriti mudah untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *