Trending

Kahwin Seawal Usia 19 Tahun, Baca Sebab Pasangan Ini Kahwin Muda.. Suami Pun Baru 18 Tahun!

Menamatkan zaman bujang merupakan paling momen indah yang dinantikan setiap orang. Walaubagaimanapun, ingin ‘mendirikan masjid’ bukanlah sesuatu perkara mudah kerana banyak faktor yang harus difikirkan antaranya dari segi wang dan juga persiapan perkahwinan itu sendiri.

Jika ada rezeki, insyaAllah masa akan tiba juga. Seperti pasangan pengantin baru ini, mereka berkahwin pada usia belasan tahun. Si suami berumur 18 tahun manakala isterinya pula berumur 19 tahun. Alahai, untungnya kahwin awal. Jom kita baca apa sebabnya mereka memutuskan untuk berkahwin ketika usia muda. Selamat pengantin baru!

‘Sebelum kenal dengan zahero, dhea pernah pasrah selama 2 tahun..’

Kahwin Seawal Usia 19 Tahun, Baca Sebab Pasangan Ini Kahwin Muda.. Suami Pun Baru 18 Tahun!

PART 1
-Ya Allah, tak sangka ini adalah malam terakhir dhea berstatus bujang. Kahwin diusia muda. Tak susah & tak senang juga . Majlis untuk esok adalah simple sahaja. Bukan besar besaran, Dhea hanya jemput family & orang terdekat sahaja. Maaf kepada yang dhea tak jemput yaa, bukan taknak jemput, tapi ni majlis untuk family sahaja. InshaAllah majlis sanding nanti inshaAllah, dengan izin Allah dhea akan jemput kawan2 yang dhea kenal datang yaa
_
Tak sangka doa dhea termakbul juga. HAHAHA act sebelum kenal dengan zahero, dhea pernah pasrah selama dua tahun waktu tu cinta monyet la agaknya ? selama dua tahun tu dhea tak buka hati untuk siapa siapa, even kawan lelaki ramai. Tapi disebakan dhea mintak korea n selalu tengok k-drama. Sweet ya amat. Dhea pun berdoa “Ya Allah hadirkanlah seseorang yang niatnya nak jadikan aku isteri & keluarganya terima aku seadanya ” then selepas 9bulan ttbe zahero dm dhea n dari situ kami mula berkenalan, memula cam x percaya la sbb dia tu budak hotstuff ? tapi selepas borak2 apa semua baru percaya hakikatnya ? pada mulanya dhea tak berapa minat lah kat dia ni ? sbb selalu tengok oppa oppa hensem matured macho kan , tapi sebab wataknya yang kelakar, pandai ambik hati, pemalu, sopan dgn orang tua, lepastu makin lama tgok makin comel pulak dia ni erk eh tu yang menarik minat i tu ? cehwahh. Keesokkannya kami berjumpa buat kali kedua. Yg pertama kali jumpa tu, nak tengok movie memalam pulak tu ? klau nak diceritakan mmg panjang so i skip… Tapi yg sedihnya esok tu, dhea kena pindah jb jadi ada halangan dkt situ. Masa tu mmg susah nk terima, dh la baru kenal lepastu dh kena berjauhan. Tuptaptuptap, setelah 9bulan duduk dkt jb, dhea bercadang nk pindah KL balik n dari situ kami berdua mula rapat. Dengan beranikan diri masing2 jumpa parents kenal kan diri masing2, time tu nervous bercampur baur takut ? alhamdulilah family belah dua2 pihak terima kami.

‘Taknak menyusahkan mama papa nak mula hidup berdikari..’

Kahwin Seawal Usia 19 Tahun, Baca Sebab Pasangan Ini Kahwin Muda.. Suami Pun Baru 18 Tahun!

PART 2
-Kenapa kami putuskan untuk berkahwin di usia muda, sebab dhea ada 3 org adik beradik dan sekarang tinggal dengan mama papa n along, tapi along busy kerja, kakak dhea no2 pulak dah kahwin. Jadinya masing2 dah besar, n xnak menyusahkan mama papa nak mula hidup berdikari. Jadinya dhea & keluarga zahero sgt rapat, kakak2nya yg peramah & caring, abang2nya yg suka sakat org n mamanya yg cantik dah jadi macam mama dhea no 2. Jadi kami selalu berjumpa, nak elak jadi fitnah n dipandang tak elok oleh orang sekeliling, kami buat keputusan untuk kahwin awal, alhamdullilah kedua dua belah keluarga bersetuju. Dan nanti dhea akan dapat keluarga baru yg happening ? hee
_
Act x salah kahwin muda, sbb zaman skrg ramai sgt remaja yg kahwin muda. Even my senior, my classmate, dkt social media. Sebabnya bahaya kalau dibiarkan berdua2an dgn lama. Kalau jodoh kita cepat inshallah terima dia seadanya dan jgn dilambat2kan. Even my sister sendiri ckp ‘kahwin diusia yg muda macamni best sgt’ n dhea selalu diberikan nasihat & tunjuk ajar oleh kedua2 belah family. Alhamdulilah dhea sayang sgt2 family dhea n my new family.
_
Sebenarnya, saje je meroyan tulis panjang-panjang malam ni, taktau nak buat apa dahh ni sebab x boleh tidur. Tapi orang disana macam mana la keadaannya ? masih takut akan soal ustaz ke ? ? hehehehe okey lah good night ! Doakkan ya semoga urusan kami esok dipermudahkan dan berjalan dgn lancar ! Aminnn ???

Sumber: Instagram @itsdheairdina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *