Bok Lokman Dedah Kisah Disebalik Lagu Taman Rashidah Utama, Rupanya Pinangan Ditolak Kerana…

Lagu Taman Rashidah Utama antara lagu rock kapak yang kekal relevan sehingga hari ini. Walaupun sudah mencecah 30 tahun sejak kali pertama diterbitkan pada 1988 menerusi album Wings Hukum Karma, lagu ini masih malar segar dan masih diterima baik peminat muzik tempatan.

Penulis lirik lagu ini, mempunyai cerita tersendiri bagaimana ilham menulis lagu berkenaan sehingga boleh hits sampai sekarang.

Asa-usul Taman Rashidah Utama

Bok Lokman Dedah Kisah Disebalik Lagu Taman Rashidah Utama, Rupanya Pinangan Ditolak Kerana…

Jika ramai yang masih tidak maklum, terdapat satu taman yang dinamakan Taman Rashidah Utama yang terletak di Senawang, kira-kira 10 kilometer dari Seremban. Rupanya lagu popular nyanyian Wings itu dinamakan sempena nama taman tersebut, menurut Bob kepada New Straits Times.

Ketika saya berusia lewat 20-an, saya kenal sorang gadis 14 tahun dan jatuh cinta dengannya. Saya kemudian tahu yang dia tinggal di Taman Rashidah Utama, Seremban. Saya biasa berulang-alik Seremban ke KL sebab Wings berlatih di studio di sana.

Gadis itu singgah di studio dengan rakan-rakannya pada suatu hari untuk bertemu Wings. Dia cantik tapi saya tidak pernah dihiraukan. Tapi saya tetap suka dia dan kami kekal berkawan.

Pinangan ditolak gadis idaman

Bok Lokman Dedah Kisah Disebalik Lagu Taman Rashidah Utama, Rupanya Pinangan Ditolak Kerana…

Bob berulang dari Seremban setiap hari untuk melihat gadis itu dari jauh ketika dia menunggu bas sekolah setiap pagi.

Saya sanggup tunggu sampai dia habis sekolah dan rancang nak jumpa keluarganya untuk masuk meminang. Tapi dia jelaskan dia memang tak ada perasaan pada saya.

Saya tetap hantar rombongan namun pinangan ditolak oleh gadis itu dan keluarganya. Saya patah hati.

Selepas pinangan ditolak, saya ke Seremban dan melalui perumahan itu untuk melihat gadis itu walau untuk sekejap. Tidak lama kemudian saya putus asa, dari situlah datang ilham untuk lagu Taman Rashidah Utama.

Gadis pujaan dah jadi pelakon

Bok Lokman Dedah Kisah Disebalik Lagu Taman Rashidah Utama, Rupanya Pinangan Ditolak Kerana…

Rupa-rupanya, gadis yang diminatinya dulu itu adalah pelakon otai, Aida Aris. Setelah Aida menjadi pelakon, mereka masih kekal berkawan sehinggalah hari ini. Tambah Bob, mereka tergelak mengenangkan apa yang terjadi antara mereka sebelum itu.

Dia juga mencadangkan saya buat kisah kami menjadi drama tapi sehingga kini idea tersebut masih tidak direalisasikan. Taman Rashidah Utama bukan sekadar tentang patah hati, tapi peringatan jika kita buat sesuatu ikhlas dari hati, ia akan bawa kita ke arah sesuatu yang tak pernah kita jangka

Ditahan di Hospital UiTM Sungai Buloh

Bok Lokman Dedah Kisah Disebalik Lagu Taman Rashidah Utama, Rupanya Pinangan Ditolak Kerana…

Dalam perkembangan lain, Bob kini ditahan di Hospital UiTM Sungai Buloh kerana sedang menderita sakit jantung dan masalah paru-paru.

Saya masih lemah. Tolong doakan kesihatan saya kembali pulih seperti biasa.

Sumber: New Straits Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *