Kemunculan Api Misteri Di Pusat Pemulihan Dadah? Mungkin Ada Sesuatu Yang ‘TIDAK BAIK’ Berada Di Situ?

BUKIT BERUNTUNG: “Api misteri ini muncul tiba-tiba dan membakar kediaman penghuni. Biasanya hanya disedari sebaik penghuni terhidu bau hangit.”

Demikian kata pengurus Rumah Teduhan Kasih dekat sini, Mohd Audi Azlie Mat Tahar, 39, yang pelik dengan kejadian misteri dialami sejak tujuh hari lalu.

Mohd Audi berkata, kebakaran yang terjadi tanpa punca itu memusnahkan pelbagai barangan kegunaan harian penghuni di dua unit kediaman teres dua tingkat di kawasan perumahan Jalan Kelab Golf Bukit Beruntung di sini.

“Malah saya tambah pelik apabila kunci van, kunci motosikal, telefon bimbit, selipar dan kopiah penghuni turut hilang.

“Malah, kejadian yang dipercayai berpunca daripada gangguan makhluk halus itu turut memberi petunjuk ganjil dan menimbulkan tanda tanya,” katanya.

Kemunculan Api Misteri Di Pusat Pemulihan Dadah? Mungkin Ada Sesuatu Yang ‘TIDAK BAIK’ Berada Di Situ?

Mohd Audi berkata, kejadian aneh itu bermula pada pagi 28 Januari lalu apabila almari pakaian milik seorang daripada 37 penghuni pusat pemulihan dadah itu terbakar dari bahagian dalam.

“Kebakaran memusnahkan pakaian, tilam dan barangan lain. Kejadian pelik itu berlarutan sehingga hari ini dan masih tidak terkawal.

“Ini memaksa kami mengeluarkan semua barangan yang ada dan meletakkannya di luar kediaman supaya mudah diawasi,” katanya.

Namun lima hari kemudian mereka dikejutkan pula dengan kehilangan barangan seperti kunci van dan telefon bimbit.

“Peliknya selepas lebih tujuh jam kejadian, barangan itu ditemui semula di tempat lain dalam keadaan basah,” katanya ketika ditemui wartawan semalam.

Mohd Audi berkata, kehilangan kunci van disedari apabila penggera kenderaan berbunyi mendadak sebelum kunci diletakkan di dalam pejabat hilang begitu sahaja.

Beliau mendakwa sudah mencuba pelbagai cara bagi mendapatkan petunjuk dan mencari penyelesaian termasuk mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam namun masih buntu.

“Saya cuba tinggalkan kertas kosong dan pen di dalam salah sebuah bilik dan terkejut bila kertas itu tertera perkataan `tutup’,” katanya.

Menurutnya, enam pengamal perubatan menawarkan bantuan untuk menyelesaikan masalah itu, namun kejadian pelik berkenaan masih berlarutan.

Sumber: Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *